Permohonan Bantuan Warga Emas – Siri 1

22 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Permohonan Bantuan Warga Emas – Siri 1 ” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Staf PEDi membantu warga emas dalam komuniti untuk mendaftar ke dalam website N9 digital bagi permohonan inisiatif baru warga emas yang berumur 70 tahun ke atas sumbangan keceriaan daripada kerajaan negeri Sembilan. Pemohon perlu mendaftar secara atas talian dan melengkapkan makluman isi rumah. Di samping itu, pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali